Sunday, June 14, 2009

Pelancaran Cp Di Sungai Abong Muar 新加望第一美好花园《社区警察》推介礼


Fakta-fakta mengenai kawasan Sg.Abong


Populasi : 54,000 ++
Bilangan taman:50+

Balai Polis: 1 buah
Anggota polis: 9 orang
Nisbah Polis kepada penduduk di Muar: 1:700
Persatuan Penduduk: ada tetapi tidak aktif
Kadar jenayah: Boleh dikurangkan lagi (atau dip
erbaiki)


(
Muar, 12hb Jun 2009) Konsep Community Policing(Cp) telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk di Jalan Indah 10/1,Taman Pertaman Indah Sungai Abong, diketuai oleh pengerusinya, Cik Seah Kuan Eng, ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada kaum Melayu,Cina dan India bersama Sgt.Hamdan dari Balai Polis Sg.Abong.


Dari Kiri: Tuan Hj.Wahab bin Ridwan, Dato' Dr.Haris Salleh,Tuan Nasir bin Ramli,Cik Seah Kuan Eng dan DSP Khoo Leng Huat.


Dif-dif jemputan amat terkagum dengan respon yang begitu baik kerana majlis pada malam itu dipenuhi oleh jiran-jiran dan penduduk tempatan.

Wakil-wakil dari KRT Jalan Bakri dan enam taman perumahan sepanjang Jalan Hj.Jaib turut hadir untuk memberikan sokongan kepada Tuan Nasir dan Cik Seah Kuan Eng.




1Malaysia: Penduduk tempatan yang terdiri daripda berbilang kaum turut hadir untuk mendengar ucapan-ucapan yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Muar dan Yang Di-pertua MPM.

Majlis pelancaran Cp telah dirasmikan oleh YDH ACP Tuan Nasir Bin Ramli, Ketua Polis Daerah Muar bersama Yang Bhg.Tuan Hj.Wahab bin Ridwan,Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar(MPM), Dato' Dr. Haris Salleh, pengerusi JPMM Sungai Abong dan ahli-ahli Majlis MPM Cik Helen Fong,Da
to' Goh Kim Huat dan Encik Lee Poh Peng.

Pada majlis tersebut, Tuan Nasir telah menjawab pelbagai soalan mengenai masalah yang dihadapi oleh masyarakat tempatan iaitu isu Mat Rempit dan lumba motosikal haram serta kes pecah rumah yang saring berlaku. Tanpa teragak-agak Tuan Nasir mengarahkan pihak lalulintas iaitu Tuan Suhaimi supaya mel
ancarkan satu operasi membentang Mat Rempit pada malam tersebut.



Dari Kiri: Cik Helen Fong,Ahli Majlis MPM,Tuan Hj.Wahab bin Ridwan,Yang Di-pertua MPM dan Encik Chan Wee Siong, seorang warga Muar yang amat mengambil berat mengenai isu-isu semasa tempatan. Chan sentiasa meluangkan pandangan beliau dalam suratkhabar New Straits Times(NST).



Tidak boleh dinafikan bahawa SWM dipertanggungjawabkan untuk mengumpul sampah di Muar. Cuba lihat foto ini, dimana penduduk tempatan membuang sampah sesuka hati di tanah lapang hak milik persendirian . Masalah sampah di Muar tidak akan selesai jikalau minda dan sikap warga Muar tidak berubah!


Tuan Hj.Wahab selaku YDP juga menjawab banyak soalan mengenai isu-isu lampu awam dan sampah. Beliau berharap setiap warga Muar bekerjasama dengan PBT untuk menjaga keindahan Muar kerana kebersihan setempat adalah tanggungjawab kita bersama.



Turun padang sampai ke akar umbi:ASP Shanmugam, Datuk Dr.Haris Salleh dan DSP Khoo Leng Huat membuat rondaan malam rumah ke rumah di Jalan Indah 10/1,Taman Sg.Abong.

Datuk Dr.Haris Salleh selaku pengerusi JPMM Sg.Abong telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM 2,000.00 kepada pihak penganjur supaya mereka akan meneruskan activiti-activiti Cp yang akan mengeratkan lagi jiran-jiran dan memupuk semangat kejiranan.

Majlis bersurai pada jam 11.45 p.m malam.

No comments: