Fakta-fakta mengenai kawasan Sg.Abong
Populasi : 54,000 ++
Bilangan taman:50+
Balai Polis: 1 buah
Anggota polis: 9 orang
Nisbah Polis kepada penduduk di Muar: 1:700
Persatuan Penduduk: ada tetapi tidak aktif
Kadar jenayah: Boleh dikurangkan lagi (atau diperbaiki)
(Muar, 12hb Jun 2009) Konsep Community Policing(Cp) telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk di Jalan Indah 10/1,Taman Pertaman Indah Sungai Abong, diketuai oleh pengerusinya, Cik Seah Kuan Eng, ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada kaum Melayu,Cina dan India bersama Sgt.Hamdan dari Balai Polis Sg.Abong.
Dif-dif jemputan amat terkagum dengan respon yang begitu baik kerana majlis pada malam itu dipenuhi oleh jiran-jiran dan penduduk tempatan.
Wakil-wakil dari KRT Jalan Bakri dan enam taman perumahan sepanjang Jalan Hj.Jaib turut hadir untuk memberikan sokongan kepada Tuan Nasir dan Cik Seah Kuan Eng.
Majlis pelancaran Cp telah dirasmikan oleh YDH ACP Tuan Nasir Bin Ramli, Ketua Polis Daerah Muar bersama Yang Bhg.Tuan Hj.Wahab bin Ridwan,Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar(MPM), Dato' Dr. Haris Salleh, pengerusi JPMM Sungai Abong dan ahli-ahli Majlis MPM Cik Helen Fong,Dato' Goh Kim Huat dan Encik Lee Poh Peng.
Pada majlis tersebut, Tuan Nasir telah menjawab pelbagai soalan mengenai masalah yang dihadapi oleh masyarakat tempatan iaitu isu Mat Rempit dan lumba motosikal haram serta kes pecah rumah yang saring berlaku. Tanpa teragak-agak Tuan Nasir mengarahkan pihak lalulintas iaitu Tuan Suhaimi supaya melancarkan satu operasi membentang Mat Rempit pada malam tersebut.
Tuan Hj.Wahab selaku YDP juga menjawab banyak soalan mengenai isu-isu lampu awam dan sampah. Beliau berharap setiap warga Muar bekerjasama dengan PBT untuk menjaga keindahan Muar kerana kebersihan setempat adalah tanggungjawab kita bersama.
Datuk Dr.Haris Salleh selaku pengerusi JPMM Sg.Abong telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM 2,000.00 kepada pihak penganjur supaya mereka akan meneruskan activiti-activiti Cp yang akan mengeratkan lagi jiran-jiran dan memupuk semangat kejiranan.
Majlis bersurai pada jam 11.45 p.m malam.
No comments:
Post a Comment